1. Adakah anda ada menyediakan jaminan wang dikembalikan?

Ya. Kami memang ada menyediakannya. Namun begitu jaminan tersebut tertakluk pada beberapa kategori yang perlu anda patuhi. Sila baca di bahagian Terma dan Syarat Penggunaan untuk lebih penjelasan.

2. Bagaimanakah cara untuk saya membuka akaun di laman web ini?

Anda hanya perlu klik My Account. Di bahagian Account Login, akan tertera New Customer Register Account, klik Continue seterusnya isikan segala maklumat anda yang betul seperti alamat, nombor telefon, email dan sebagainya. Email pemberitahuan mengenai maklumat akaun anda akan dihantar ke alamat email yang anda isikan tadi. Tahniah! akaun anda telah berjaya dibuat.

3. Bolehkah saya menukar desain sebelum kerja anda selesai?

Untuk projek mendesain website, kami tidak menggalakkan memandangkan ia akan menganggu tempoh masa kerja kami. Namun begitu ia boleh dibincangkan bersama terlebih dahulu. Untuk projek pakej pemasangan, juga pakej webhosting dan domain, anda boleh menukarnya sebelum kerja-kerja pemasangan selesai. Namun begitu, peluang untuk anda menukarnya hanya dalam tempoh masa 1 hari selepas pembayaran.

4. Adakah anda menerima deposit kurang dari 50%?

Tidak. Kerja-kerja mendesain website hanya akan kami lakukan sekiranya anda telah menjelaskan deposit sekurang-kurangnya 50% dari nilai projek. Untuk pakej pemasangan, juga pakej webhosting dan domain, bayaran penuh perlu dilakukan mengikut harga yang tertera di laman web kami.

5. Adakah anda menerima bayaran menggunakan kaedah COD(cash on delivery)?

Ya. Kaedah bayaran tersebut hanya terpakai untuk pakej mendesain website sahaja. Kami juga menggalakkan pelanggan untuk bertemu terlebuh dahulu sebelum sebarang projek hendak dibuat bagi membincangkan secara terperinci mengenai projek website pilihan anda.

6. Apakah anda menerima bayaran menggunakan cek?

Ya. Namun begitu bayaran cek hanya kami terima sekiranya projek desain website anda melebihi RM1000.00. Untuk projek pakej pemasangan atau pakej webhosting dan domain, kami tidak menerima bayaran menggunakan cek. Pembayaran untuk pakej-pakej tersebut hanya mnggunakan Paypal atau Bank-in ke akaun bank kami memandangkan pakej tersebut tidak melebihi angka RM1000.00.

7. Adakah anda ada menyediakan perkhidmatan PERCUMA?

Ya. Perkhidmatan PERCUMA hanya terpakai pada pakej pemasangan template sahaja.

Send message via your Messenger App

Pin It on Pinterest

Share This