Ya. Kami memang ada menyediakannya. Namun begitu jaminan tersebut tertakluk pada beberapa kategori yang perlu anda patuhi. Sila baca di bahagian Terma dan Syarat Penggunaan untuk lebih penjelasan.
Anda hanya perlu klik My Account. Di bahagian Account Login, akan tertera New Customer Register Account, klik Continue seterusnya isikan segala maklumat anda yang betul seperti alamat, nombor telefon, email dan sebagainya. Email pemberitahuan mengenai maklumat akaun anda akan dihantar ke alamat email yang anda isikan tadi. Tahniah! akaun anda telah berjaya dibuat.
Untuk projek mendesain website, kami tidak menggalakkan memandangkan ia akan menganggu tempoh masa kerja kami. Namun begitu ia boleh dibincangkan bersama terlebih dahulu. Untuk projek pakej pemasangan, juga pakej webhosting dan domain, anda boleh menukarnya sebelum kerja-kerja pemasangan selesai. Namun begitu, peluang untuk anda menukarnya hanya dalam tempoh masa 1 hari selepas pembayaran.
Tidak. Kerja-kerja mendesain website hanya akan kami lakukan sekiranya anda telah menjelaskan deposit sekurang-kurangnya 50% dari nilai projek. Untuk pakej pemasangan, juga pakej webhosting dan domain, bayaran penuh perlu dilakukan mengikut harga yang tertera di laman web kami.
Ya. Kaedah bayaran tersebut hanya terpakai untuk pakej mendesain website sahaja. Kami juga menggalakkan pelanggan untuk bertemu terlebih dahulu sebelum sebarang projek hendak dibuat bagi membincangkan secara terperinci mengenai projek website pilihan anda.
Ya. Namun begitu bayaran cek hanya kami terima sekiranya projek desain website anda melebihi RM1000.00. Untuk projek pakej pemasangan atau pakej webhosting dan domain, kami tidak menerima bayaran menggunakan cek. Pembayaran untuk pakej-pakej tersebut hanya mnggunakan Paypal atau Bank-in ke akaun bank kami memandangkan pakej tersebut tidak melebihi angka RM1000.00.
Ya. Perkhidmatan PERCUMA hanya terpakai pada pakej pemasangan template sahaja.
Webprojek WhatsApp Support
Our customer support team is here to answer your questions. Ask us anything!
👋 Hi, how can I help?