Terma dan Syarat

Dengan mengakses perkhidmatan dari WEBPROJEK sama ada desain website atau pemasangan template anda bersetuju dan mengakui untuk terikat dengan Terma dan syarat penggunaan Perkhidmatan ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat penggunaan ini, sila tidak menggunakan perkhidmatan dari kami sama ada desain website atau pemasangan template. Kami berhak untuk menukar syarat-syarat ini pada bila-bila masa. Kami mengesyorkan bahawa anda sentiasa menyemak maklumat ini untuk maklumat yang lebih terkini.

A. BIDANG PERKHIDMATAN

DESAIN WEB – Merekabentuk, mengubahsuai, membina atau penyelenggaraan laman web termasuk sama ada laman web yang telah sedia ada atau laman web baru dibina.

PEMASANGAN TEMPLATE – Memasang template website yang telah sedia ada sama ada template disiapkan oleh pelanggan atau template yang sedia ada dalam simpanan WEBPROJEK ke hosting pelanggan sama ada hosting yang telah sedia ada atau disiapkan oleh WEBPROJEK. Pemasangan hanya mengikut seperti atau sama seperti apa yang tertera di demo sahaja. Pelanggan berhak memohon untuk perubahan selain daripada yang tertera di demo melalui perbincangan antara WEBPROJEK dan pelanggan, dan segala kos perubahan tersebut ditanggung oleh pelanggan.

B. BAYARAN
DESAIN WEB memerlukan bayaran deposit sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah kontrak. Wang deposit tidak akan dikembalikan kecuali dalam kes-kes tertentu (baca fasal E.1) dan kerja hanya akan dijalankan selepas menerima deposit. WEBPROJEK akan meminta baki dari jumlah kontrak selepas ditolak deposit setelah kerja selesai.

Bayaran PEMASANGAN TEMPLATE adalah tetap seperti yang tertera di laman web https://webprojek.com. Wang tidak akan dikembalikan kecuali dalam kes-kes tertentu (baca fasal E.2). Bayaran PEMASANGAN TEMPLATE terdapat dalam 2 (dua) pakej.

  1. Bayaran untuk pemasangan template sahaja, webhosting dan nama domain disediakan oleh pelanggan.
  2. Bayaran pemasangan template termasuk webhosting dan nama domain.

C. TEMPOH KERJA
Tempoh siap kerja untuk DESAIN WEB adalah 7 (tujuh) sehingga 30(tiga puluh) hari bergantung pada susah senang DESAIN WEB yang anda inginkan. Tempoh sebulan adalah tempoh maksimum dan sekiranya web anda masih tidak disiapkan, anda berhak membuat tuntutan (baca fasal E.1).

PEMASANGAN TEMPLATE hanya memerlukan tempoh kerja 1(satu) sehingga ke 7 (tujuh) hari sahaja. Tempoh 7(tujuh) hari adalah tempoh maksimum dan sekiranya pemasangan masih tidak selesai, anda berhak membuat tuntutan (baca fasal E.2).

D. BEKALAN BAHAN KERJA
DESAIN WEB memerlukan bekalan bahan kerja sepenuhnya dari pihak pelanggan dan pelanggan bertanggungjawab menyediakannya bagi melancarkan perjalanan kerja menyiapkan laman web tersebut. Pihak WEBPROJEK hanya akan menyiapkan kerja mengikut apa bekalan bahan yang telah disiapkan oleh pelanggan. Bekalan bahan adalah termasuk segala maklumat-maklumat yang diperlukan untuk diisikan di dalam laman web pilihan pelanggan.

Bahan kerja untuk PEMASANGAN TEMPLATE adalah template website. Bahan kerja boleh disiapkan oleh pelanggan atau pihak https://webprojek.com mengikut kemahuan pelanggan itu sendiri. Sekiranya pelanggan ingin menyediakan bahan kerja sendiri, pastikan bahan kerja tersebut adalah lengkap dan asli. Pihak WEBPROJEK tidak bertanggungjawab berkaitan dengan keaslian bekalan bahan yang disiapkan oleh pelanggan. Jika pelanggan ingin pihak WEBPROJEK menyiapkan bekalan bahan tersebut, pihak WEBPROJEK hanya akan menyediakan bekalan bahan yang ada disimpanan WEBPROJEK sahaja. Penggunaan bekalan bahan yang disiapkan oleh WEBPROJEK adalah tanggungjawab pelanggan itu sendiri dan pihak WEBPROJEK tidak bertanggungjawab keatasnya. Pihak WEBPROJEK hanya akan memasang template mengikut apa yang sedia ada sahaja iaitu mengikut seperti/lebih kurang sama dengan apa yang ditunjukkan di demo. Segala perubahan yang pelanggan inginkan, tidak mengikut seperti/lebih kurang sama seperti demo perlu mengikut budi bicara kedua belah pihak dan kos setiap perubahan adalah tanggungan pelanggan.

E. JAMINAN BAYARAN BALIK
1. Jaminan bayaran balik untuk DESAIN WEB adalah dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari dari tarikh persetujuan kerja dimulakan. Semua jaminan ini hanya terpakai sekiranya kerja-kerja tersebut masih dalam proses atau belum siap sepenuhnya. Jaminan tersebut tertakluk pada beberapa katogeri:

  • Pelanggan membatalkan kerja sebelum tempoh 30 (tiga puluh) hari – WEBPROJEK akan membayar balik 50% daripada deposit yang telah diberikan oleh pelanggan. Tiada soalan yang akan ditanya, pelanggan hanya perlu memberitahu kepada WEBPROJEK melalui email atau telefon bagi mengesahkan pembatalan tersebut.
  • Kerja tidak siap selepas 30 (tiga puluh) hari – pelanggan berhak memohon bayaran balik penuh wang deposit dan kerja akan dihentikan. Pelanggan juga berhak meminta pihak WEBPROJEK meneruskan kerja dan pelanggan hanya perlu membayar 50% sahaja baki kontrak selepas kerja selesai. Pihak WEBPROJEK akan menghubungi pelanggan selepas tempoh 30 (tiga puluh) hari dari tarikh persetujuan kerja dimulakan bagi meminta semula persetujuan baru untuk pelanggan.

2. Jaminan bayaran balik untuk PEMASANGAN TEMPLATE adalah dalam tempoh 7 (tujuh) hari dari tarikh pengesahan pembayaran. Semua jaminan ini hanya terpakai sekiranya kerja pemasangan tersebut masih dalam proses atau belum siap sepenuhnya. Jaminan tersebut tertakluk pada beberapa perkara:

  • Hanya terpakai sekiranya pelanggan memilih template yang disiapkan oleh WEBPROJEK.
  • Hanya terpakai sekiranya pemasangan belum selesai. Sekiranya pemasangan telah selesai, jaminan bayaran balik ini secara automatik terbatal.
  • Pemasangan yang tidak selesai selepas tempoh 7 (tujuh) hari, pelanggan berhak mendapatkan bayaran balik penuh untuk harga pemasangan dan webhosting sahaja. Pihak WEBPROJEK akan menghubungi pelanggan selepas tempoh 7 (tujuh) hari dari tarikh pengesahan pembayaran bagi meminta semula persetujuan baru untuk pelanggan.
  • Jaminan hanya untuk pemasangan dan hosting sahaja, sekiranya pelanggan memilih pakej webhosting dan domain, wang sebanyak RM50.00 tidak akan dikembalikan (harga domain). Nama domain pilihan anda adalah kekal menjadi milik anda dan kami tidak dapat membatalkannya memandangkan syarat perjanjian denga pembekal nama domain.

Ini adalah beberapa kriteria yang terkandung dalam terma dan syarat penggunaan di laman web https://webprojek.com. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan segala terma dan syarat penggunaan tersebut, pihak WEBPROJEK amat menggalakkan supaya anda tidak meneruskan penggunaan perkhidmatan dari WEBPROJEK. Meneruskan juga penggunaan perkhidmatan di wWEBPROJEK bermakna anda telah bersetuju dan memahami segala terma dan syarat penggunaan dan mengakuinya akan mematuhi segala terma dan syarat penggunaan tersebut.

Semua maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini dimiliki oleh https://webprojek.com dan tidak boleh digunakan atau disalin tanpa kebenaran daripada pihak WEBPROJEK.
Sekian dan terimakasih.

Send message via your Messenger App