KAEDAH PEMBAYARAN

Pakej – Pemasangan atau Pemasangan + Webhosting + Nama Domain

Sekiranya anda hanya memerlukan khidmat bagi pakej pemasangan atau pakej pemasangan + webhosting + nama domain, anda boleh menggunakan kaedah yang telah pun kami siapkan. Anda boleh terus berurusan di Laman web ini dimana kami telah pun menyediakan 2 (dua) kaedah pembayaran iaitu:

  • Paypal atau Kad Kredit/Kad Debit. Sekiranya anda tidak memiliki akaun Paypal, pihak Paypal akan membenarkan anda membayar menggunakan Kad Kredit/Kad Debit untuk urusan itu.
  • Bank Transfer. Selepas anda membuat pembelian di Laman Web ini, anda boleh pergi ke Bank atau menggunakan Online Banking untuk urusan pembayaran tersebut. Selepas anda membuat pembelian, anda akan menerima email pemberitahuan mengenai senarai penuh akaun Bank kami, terdapat juga segala butir-butir pembelian anda.

Terdapat 3 (tiga) langkah dalam proses menempah sehingga template siap dipasang.

  1. Pending. Setiap kali anda membuat tempahan, status tempahan akan berada disini. Pada status ini, kami akan menyemak sama ada pembayaran telah anda jelaskan. Pada peringkat ini, template TIDAK akan dipasang. Sekiranya kami mengesahkan pembayaran anda, status tempahan anda akan kami tukar ke status seterusnya.
  2. Processing. Pada status ini, kerja-kerja pemasangan akan kami mulakan. Ia kemungkinan memakan masa beberapa hari sehingga pemasangan template anda selesai.
  3. Completed. Pemasangan selesai. Kami akan menghantar email pemberitahuan setelah pemasangan selesai.

Perkara yang anda perlu lakukan sebelum proses pemasangan.

  • Pastikan anda menghubungi kami sekiranya pembayaran telah anda lakukan melalui email atau telefon. Ini bagi melancarkan dan memudahkan kami membuat semakan.
  • Sediakan dan berikan kepada kami senarai beberapa nama domain pilihan anda untuk kami daftarkan. Ini diperlukan bagi sesiapa yang memilih Pakej Nama Domain + Webhosting sahaja.
  • Sediakan dan berikan kepada kami maklumat lengkap mengenai akaun hosting anda untuk tujuan pemasangan template tersebut ke hosting anda yang sedia ada. Ini hanya diperlukan sekiranya anda memilih Pakej Pemasangan sahaja.

 

Desain Website

Bagi desain website, kami menerima lebih banyak kaedah pembayaran diantaranya:

  1. Paypal atau Kad Kredit/Kad Debit.
  2. Transfer Ke Bank Akaun.
  3. Cek Bank Tempatan.
  4. Neteller.
  5. Skrill (Moneybookers).
  6. Western Union.

Untuk Cek Bank Tempatan, kami hanya akan menerima sekiranya projek web desain anda menpunyai nilai anggaran melebihi RM1,000.00. Kebanyakan Cek memerlukan masa beberapa hari untuk ditunaikan, oleh itu kami hanya akan memulakan kerja selepas kami mendapati Cek tersebut telah disahkan.

Untuk memulakan kerja-kerja mendesain website anda, kami memerlukan anda mendeposit sekurang-kurangnya 50% daripada nilai anggaran projek. Untuk anggaran projek yang melebihi RM10,000.00, nilai deposit akan dipertimbangkan melalui perbincangan bersama.
Jaminan Pemulangan

Kami faham, kepercayaan pelanggan adalah penting dan ia menjadi keutamaan kepada kami. Disebabkan itu, kami memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh pelanggan mengenai apa yang ada atau tiada semasa berurusan dengan kami. Tiada satu apa pun yang kami sembunyikan dan pelanggan berhak memilih sama ada ia bersetuju untuk meneruskan urusan atau pun menarik diri. Pelangan berhak tahu, apa yang akan diperolehinya juga apa yang pasti ia tidak dapat semasa berurusan dengan kami.

JAMINAN PEMULANGAN

Setiap urusniaga yang kami jalankan disini, kami ada menyediakan JAMINAN PEMULANGAN. Namun ia bukanlah sesuatu yang mutlak kerana jaminan tersebut tertakluk kepada beberapa kategori yang perlu dipatuhi. Sekiranya pelanggan telah memenuhi syarat, kami tidak akan berdalih untuk menunaikan jaminan tersebut begitu juga sebaliknya. Terdapat dua jenis urusniaga dan setiap satunya mempunyai terma dan syarat yang berbeza. Kami berharap setiap pelanggan memahami kesemua syarat tersebut sebelum mula berurusan dengan kami. Oleh itu, sila baca dah fahami terma dan syarat untuk jaminan pemulangan tersebut di bawah:

1. PAKEJ PEMASANGAN DAN PAKEJ PEMASANGAN + WEBHOSTING + NAMA DOMAIN

Jaminan untuk pakej ini adalah dalam tempoh 7 (tujuh) hari sahaja dari tarikh pengesahan pembayaran. Semua jaminan ini hanya terpakai sekiranya kerja pemasangan tersebut masih dalam proses atau belum siap sepenuhnya. Jaminan tersebut tertakluk pada beberapa perkara:

  • Hanya terpakai sekiranya pelanggan memilih template yang disiapkan oleh WEBPROJEK.
  • Hanya terpakai sekiranya pemasangan belum selesai. Sekiranya pemasangan telah selesai, jaminan bayaran balik ini secara automatik terbatal.
  • Pemasangan yang tidak selesai selepas tempoh 7 (tujuh) hari, pelanggan berhak mendapatkan bayaran balik penuh untuk harga pemasangan dan hosting sahaja. Pihak WEBPROJEK akan menghubungi pelanggan selepas tempoh 7 (tujuh) hari dari tarikh pengesahan pembayaran bagi meminta semula persetujuan baru untuk pelanggan sama ada pelanggan meminta pemulangan atau sambung kerja.
  • Jaminan hanya untuk pemasangan dan hosting sahaja, sekiranya pelanggan memilih pakej pemasangan + webhosting + nama domain, wang sebanyak RM50.00 tidak akan dikembalikan (harga domain). Nama domain pilihan anda adalah kekal menjadi milik anda dan kami tidak dapat membatalkannya memandangkan syarat perjanjian denga pembekal nama domain.

2. DESAIN WEBSITE

Jaminan untuk pakej ini adalah dalam tempoh 30 (tiga puluh) hari dari tarikh persetujuan kerja dimulakan. Semua jaminan ini hanya terpakai sekiranya kerja-kerja tersebut masih dalam proses atau belum siap sepenuhnya. Jaminan tersebut tertakluk pada beberapa katogeri:

  • Pelanggan membatalkan kerja sebelum tempoh 30 (tiga puluh) hari – WEBPROJEK akan membayar balik 50% daripada deposit yang telah diberikan oleh pelanggan. Tiada soalan yang akan ditanya, pelanggan hanya perlu memberitahu kepada WEBPROJEK melalui email atau telefon bagi mengesahkan pembatalan tersebut.
  • Kerja tidak siap selepas 30 (tiga puluh) hari – pelanggan berhak memohon bayaran balik penuh wang deposit dan kerja akan dihentikan. Pelanggan juga berhak meminta pihak WEBPROJEK meneruskan kerja dan pelanggan hanya perlu membayar 50% sahaja baki kontrak selepas kerja selesai. Pihak WEBPROJEK akan menghubungi pelanggan selepas tempoh 30 (tiga puluh) hari dari tarikh persetujuan kerja dimulakan bagi meminta semula persetujuan baru untuk pelanggan.

PEMASANGAN PERCUMA

Kami sedar, bukan semua orang mampu untuk menyediakan wang yang secukupnya untuk mendapat Laman Web sendiri. Ada sebahagian dari golongan orang-orang yang kurang berkemampuan seperti OKU.

Selain dari tu, terdapat juga golongan orang-orang yang menyediakan khidmat percuma kepada orang ramai dan bukannya untuk tujuan kewangan seperti golongan yang memberi bantuan kemanusiaan dan sebagainya.

Untuk golongan orang-orang atau badan-badan kerajaan juga swasta yang memenuhi syarat-syarat seperti itu, kami menyediakan khidmat pemasangan template percuma untuk mereka. Namun begitu, kami hanya menyediakan khidmat pemasangan percuma sahaja dan ia tidak termasuk untuk webhosting dan nama domain.
Untuk mendapatkan khidmat pemasangan percuma tersebut, anda perlu memenuhi terma dan syarat seperti di bawah:

  • Template yang digunakan untuk memasang mestilah template yang telah sedia ada di dalam Laman Web ini.
  • Mesti menggunakan webhosting dan nama domain yang kami syorkan.

 

Langkah-langkah dan cara untuk mendapatkannya:

  • Pilih template yang telah sedia ada di Laman Web ini.
  • Buat tempahan seperti biasa seterusnya buatĀ pilihan PERCUMA.
  • Hantarkan email permohonan bersertakan maklumat hosting (hosting yang disyorkan).
  • Kami akan memeriksa permohonan anda. Selepas semakan, kami akan memasang template yang telah anda pilih ke hosting anda.
  • Pemasangan selesai dan kami akan memaklumkan kepada anda melalui email.

Pemasangan dijangka siap antara 1 – 7 hari dari tarikh anda memaklumkan kepada kami berkaitan maklumat hosting.

Laman Web yang telah siap dipasang itu adalah sah menjadi milik anda sepenuhnya. Kami tidak lagi mencampuri urusan anda seterusnya sama ada anda ingin mengubahnya atas urusan apa yang anda ingin lakukan keatas Laman Web tersebut. Walaupun begitu, anda masih boleh menghubungi kami sekiranya memerlukan bantuan lain dan kami akan cuba membantu anda sebaik yang mungkin.

Send message via your Messenger App

Pin It on Pinterest

Share This