Cara Membuat Tempahan

Terlalu ramai di luar sana yang memberikan khidmat mendesain website. Namun yang membezakan kami berbanding dengan mereka-mereka yang lain adalah soal harga. Kami menawarkan harga mampu kepada mana-mana orang perseorangan atau syarikat-syarikat, badan-badan kerajaan atau sesiapa sahaja. Kami sedar terlalu ramai yang ingin memiliki website sendiri. Laman Web dengan berlatarbelakangkan idea dan konsep sendiri tanpa sama dengan yang lain. Namun idea tersebut terkubur apabila memikirkan soal kos pembikinan. Kewujudan kami ini memang tepat pada masanya. Anda boleh, pada bila-bila masa sahaja memiliki Laman Web tersebut seterusnya merealisasikan impian anda yang telah lama terkubur.

Selain dari membina Laman Web baru, kami juga menerima sekiranya sesiapa saja yang telah memiliki Laman Web dan ingin mengubahsuai menjadi rekabentuk baru. Satu lagi yang sering kali malah sesiapa sahaja alami adalah soal penyelengaraan Laman Web. Kadang kala Laman Web anda telah wujud beberapa tahun lamanya dengan versi yang sama untuk sekian lama. Idea yang anda wujudkan untuk Laman Web anda pada tahun-tahun terdahulu memang kena pada waktunya pada tahun tersebut, namun perubahan masa serta kecanggihan masa kini menjadikan Laman Web anda nampak suram dan ketinggalan zaman. Ini banyak berlaku, dan kami bersedia untuk menjadikan Laman Web anda berubah kearah yang lebih maju agar Laman Web anda kembali bernafas seperti dahulu.

Berkaitan dengan soal anggaran kos kerja, kami tidak dapat memberikan satu harga yang tetap kerana kami menilai kerja kami mengikut susah senang, tempoh masa juga beberapa kategori lain. Namun begitu, ada sesetengah kerja yang memang amat mudah, kos anggaran tidak melebihi RM500.00 termasuk nama domain dan hosting. Tetapi ada pula sesetengah kerja yang boleh memakan masa pembikinan sehingga berminggu-minggu dan mencecah kos sehingga puluhan ribu ringgit. Walaupun begitu, semuanya bergantung atas perbincangan bersama. Kami amat menggalakkan agar anda berbincang terlebih dahulu sebelum mana-mana keputusan dibuat.

Disebabkan tiada harga tetap yang kami nyatakan, sekiranya anda ingin tahu anggaran kos setiap projek Laman Web anda, kami manggalakkan anda untuk memberikan kepada kami tentang idea projek Laman Web anda kepada kami untuk melihat berapakah anggaran kos untuk projek Laman Web tersebut. Pengiraan anggaran kos tersebut kami berikan percuma kepada anda semua. Malah, sekiranya anda tidak meneruskan urusan pembinaan projek Laman Web anda tersebut, kami dengan rela hati tidak akan memaksa anda untuk meneruskannya. Kami faham akan hak dan privasi anda. Anda tidak perlu rasa tertekan untuk urusan tersebut. Bagi kami, pelanggan lebih diutamakan.

Selepas anda menghantar permohonan tersebut, salah seorang dari pihak kami akan menghubungi anda bagi bertanyakan tentang projek Laman Web yang anda inginkan. Setelah perbincangan, kami akan cuba untuk menilai anggaran projek seterusnya memberikan segala maklumat tersebut kembali kepada anda. Oleh itu, kami mengharapkan agar anda mengisi setiap ruang didalam borang tersebut dengan maklumat yang tepat terutama diruangan email dan nombor telefon. Anda tidak perlu risau, segala maklumat anda adalah sulit dan tersimpan dengan selamat bersama kami. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa menghantar borang tersebut, anda tidak perlu malu dan segan untuk menghubungi kami melalui email atau nombor telefon yang tertera di Laman Web kami ini.

Sekiranya anda ingin meminta anggaran kos projek Laman Web anda, sila isikan Borang Tempahan Desain di bawah:

Send message via your Messenger App